|
Notis Privasi
- Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
INTEGRATED PETROLEUM SERVICES SDN. BHD. ("Syarikat" atau "kami") menghormati dan komited untuk melindungi data peribadi dan privasi anda. Notis privasi ini ("Notis") dikeluarkan selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta"). Notis ini dibuat untuk kefahaman anda tentang jenis data, sebab dan tujuan pengumpulan data peribadi oleh Syarikat serta komitmen Syarikat untuk memastikan data anda diproses dan disimpan dengan selamat.
- Jenis Data Peribadi yang Dikumpul Dan Diproses oleh Kami
Data peribadi anda yang dikumpul dan diproses oleh kami, adalah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
Nama; salinan dan butiran lain yang berkaitan dengan dokumen pengenalan anda dan bukti pengenalan (contohnya, nombor kad pengenalan, nombor pasport, lesen memandu, gambar dan lain-lain); bukti alamat dan butiran hubungan lain (contohnya, nombor telefon, nombor telefon bimbit, nombor faksimili, alamat e-mel, bil utiliti dan lain-lain); butiran KWSP, butiran PERKESO, butiran cukai pendapatan, butiran pekerjaan dan sejarah termasuk butir-butir pendapatan semasa dan masa lalu; maklumat akaun bank; butiran kad kredit; butiran pendaftaran kereta; status perkahwinan; jantina; kewarganegaraan; butiran suami isteri dan anak-anak; butiran ahli keluarga dan saudara-mara yang berkaitan dengan anda; minat peribadi, hobi; kemahiran, bahasa, pendidikan atau kelayakan lain yang berkaitan, pencapaian; butiran etnik, butiran pengadil; pengarah dalam syarikat; pegangan saham dalam syarikat, kesolvenan, status kewangan, penglibatan dalam prosiding undang-undang dan butiran prosiding tersebut, dan semua maklumat lain yang berkaitan atau bersampingan dengan hubungan kami dengan anda serta perniagaan Syarikat.
Penerangan data peribadi di atas hanyalah penerangan umum mengenai pelbagai jenis data peribadi yang dikumpul dan diproses oleh kami. Bergantung kepada jenis perniagaan, hubungan dan keadaan, kami hanya perlu mengumpul dan memproses data peribadi yang lebih terhad daripada orang tertentu. Dalam situasi yang lain, kemungkinan kami perlu mengumpulkan lebih banyak data peribadi daripada anda. Kami tidak percaya dengan mengumpul data peribadi yang berlebihan dan data peribadi yang kami kumpulkan adalah untuk keperluan yang diperlukan bagi memastikan keberkesanan perniagaan dan perkhidmatan yang kami sediakan.
Anda boleh memilih untuk memberi atau tidak memberi data peribadi anda kepada kami, termasuk data peribadi yang sensitif. Data peribadi yang sensitif adalah termasuk perkara-perkara seperti kesihatan fizikal atau mental atau maklumat perubatan, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, dan pelakuan kesalahan atau dakwaan pelakuan kesalahan.
- Kegagalan Menyediakan Data Peribadi
Harap maklum bahawa pentingnya untuk anda memberikan data peribadi seperti yang diminta. Kegagalan untuk membekalkan data peribadi anda atau penolakan persetujuan oleh anda berkemungkinan boleh mengakibatkan kami tidak dapat memberi kepada anda perkhidmatan yang diminta, atau ia juga boleh mempengaruhi keupayaan kami untuk melaksanakan proses yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kami.
- Sumber Data Peribadi
Kami mengumpul Data Peribadi anda melalui pelbagai sumber. Secara umumnya, data peribadi yang kami kumpulkan adalah secara langsung dari anda. Contohnya, apabila anda memohon pekerjaan atau memasuki hubungan pekerjaan atau hubungan perniagaan/urus niaga dengan kami.
Selain daripada maklumat yang diberikan oleh anda, Syarikat juga boleh mendapatkan data peribadi anda dari pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda dan dari sumber-sumber lain yang telah anda persetujui untuk pendedahan maklumat yang berkaitan dengan anda, dan/atau dibenarkan secara sah atau dari sumber lain yang sah.
- Tujuan Mengumpul dan Memproses Data Peribadi
Data peribadi yang anda berikan akan dikumpulkan, disimpan di dalam komputer dan/atau dalam fail manual, digunakan, didedahkan dan diproses oleh Syarikat dan/atau Kumpulan untuk pelbagai tujuan yang sah, termasuk:
- Untuk atau yang berkaitan dengan urusan perniagaan Syarikat dan penyediaan perkhidmatannya, termasuk memproses apa yang diperlukan/bersampingan dengan menjalankan perniagaannya;
- Pematuhan undang-undang, pengawalseliaan atau keperluan statutori, dan membuat pendedahan di bawah kehendak undang-undang, perundangan, arahan, perintah mahkamah, kerajaan atau pihak berkuasa atau pihak berkuasa pengawalseliaan, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada kami;
- Pengurusan sumber manusia dan kakitangan, termasuk penilaian, pengurusan dan pentadbiran perlantikan, pekerjaan dan pemberhentian pekerjaan; pengiraan, penentuan dan bayaran pampasan dan faedah; pengiraan dan pembayaran cukai dan sumbangan statutori; pembangunan kerjaya dan bakat; penilaian prestasi; latihan; perjalanan dan perbelanjaan; cuti; keselamatan dan komunikasi pekerja; litigasi dan pertahanan tentang isu-isu penting;
- Penyimpanan rekod dalaman dan pengurusan dalaman, termasuk pemindahan data ke arkib, dan audit dalaman.
- Integriti Data Peribadi
Kami akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi yang dikumpulkan, digunakan atau didedahkan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
Ia juga penting untuk anda membekalkan kepada kami data yang tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan sentiasa dikemaskini. Anda harus memaklumkan kepada kami sebarang perubahan supaya kami dapat mengemas kini rekod kami dengan sewajarnya. Kami tidak akan bertanggungjawab ke atas data peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap yang timbul akibat anda tidak mengemaskini kepada kami sebarang perubahan dalam data peribadi anda yang pada mulanya diberikan kepada kami.
- Kerahsiaan dan Pendedahan Data Peribadi
Data peribadi yang diberikan kepada kami pada umumnya akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, adalah perlu bagi kami dan anda membenarkan dan memberi kuasa kepada kami untuk menyediakan atau mendedahkan data peribadi anda untuk tujuan yang dinyatakan di atas kepada kategori orang-orang yang berikut (sama ada di dalam atau di luar Malaysia), dan dimana kami berbuat sedemikian, kami hanya akan mendedahkan data yang diperlukan untuk tujuan pendedahan berikut:
- Entiti dengan Kumpulan Syarikat IPS termasuk semua syarikat berkaitan, syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu;
- Jabatan di dalam Syarikat kami termasuk mana-mana pegawai atau pekerja-pekerja kami atas dasar perlu ketahui;
- Sesiapa atau orang, di mana Syarikat perlu atau dikehendaki berbuat sedemikian di bawah undang-undang atau sebagai respons kepada mana-mana pihak berkuasa atau kerajaan, kerajaan negeri, pihak berkuasa berkanun atau perbandaran, pengawal selia industri, agensi atau badan; pihak penguatkuasa undang-undang;
- Prinsipal kami, rakan niaga atau rakan kongsi, kontraktor, subkontraktor dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami (seperti juruaudit, peguam, setiausaha syarikat, penasihat cukai, penanggung insurans, bank, penganjur latihan, syarikat telekomunikasi, pengkomputeran awan atau data pembekal perkhidmatan dan penasihat lain);
- Semua orang atau entiti lain yang memberi kami perkhidmatan yang diperlukan dan/atau bersampingan dengan perniagaan kami.
Kami boleh memproses data peribadi anda termasuk menghubungi anda untuk tujuan yang dinyatakan di sini melalui pelbagai mod komunikasi seperti panggilan telefon, mesej teks, e-mel, aplikasi pemesejan mudah alih merentas platform, pos atau faksimili.
- Keselamatan Data dan Perlindungan
- Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melaksanakan perlindungan pentadbiran dan keselamatan yang sesuai untuk mencegah pemprosesan data peribadi anda yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan kehilangan atau pemusnahan atau kerosakan kepada data peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang penggunaan data peribadi anda yang tidak dibenarkan oleh pihak ketiga atas faktor-faktor di luar kawalan kami.
- Kami tidak akan menyimpan data peribadi dengan lebih lama daripada yang diperlukan dan akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memusnahkan atau mengenepikan data peribadi secara kekal.
- Pemindahan dan Perkongsian Data
Sekiranya kami menganggapnya perlu atau sesuai untuk bagi tujuan penyimpanan atau pemprosesan data atau menyediakan sebarang perkhidmatan bagi pihak kami kepada anda, kami boleh memindahkan data peribadi anda kepada afiliasi atau entiti lain di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan perlindungan keselamatan pada tahap yang munasabah.
- Mengakses dan Mengemaskini Data Peribadi Anda
- Di bawah Akta ini, anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda selepas pembayaran yuran yang ditetapkan, dan anda boleh meminta kami untuk membetulkan mana-mana data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini kecuali jika pematuhan ditolak di bawah Akta. Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya kami tidak dapat memenuhi permintaan anda. Kami juga boleh menggunakan budi bicara kami untuk membenarkan pembetulan yang diminta dan/atau memerlukan bukti dokumentasi dengan lebih lanjut tentang data baru bagi mengelakkan penipuan dan ketidaktepatan.
- Anda juga boleh menarik balik persetujuan anda atau meminta Syarikat berhenti dari memproses data peribadi anda dan data peribadi yang berkaitan dengan orang lain yang mungkin dikenalpasti daripada data peribadi anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa ini mungkin mengakibatkan kami tidak dapat melaksanakan atau menunaikan kewajipan kami kepada anda dengan sewajarnya.
- Jika anda ingin mengakses atau membetulkan data peribadi anda atau menarik balik persetujuan atau menyekat tujuan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghantar permintaan anda secara bertulis kepada Pengurus Kanan, Kewangan & Pentadbiran.
- Harap maklum bahawa walaupun terdapat penarikan persetujuan dari anda, kami masih boleh memproses data peribadi anda dalam keadaan yang dibenarkan oleh undang-undang.
- Data Peribadi Pihak Ketiga
Anda dengan ini mengesahkan bahawa anda telah mendapat persetujuan daripada orang yang data peribadinya diberikan kepada kami oleh anda atau dikenalpasti dari data peribadi anda yang mungkin diproses oleh kami untuk tujuan yang dinyatakan di sini termasuk pendedahan kepada pihak-pihak yang dinyatakan di sini.
- Persetujuan Anda
Dengan menyerahkan data peribadi anda, anda bersetuju untuk kami memproses/terus memproses data peribadi anda seperti yang dinyatakan di Notis ini.
- Bahasa dan Kajian
Notis ini boleh didapati dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
Harap maklum bahawa kami boleh menyemak dan mengemaskini Notis ini dari masa ke semasa untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang dan amalan-amalan perniagaan, dan akan memberitahu anda tentang semakan sedemikian melalui laman web kami atau melalui e-mel.
Notis Privasi Akta
Perlindungan Data Peribadi
Versi 1.0, April 2019.
|
|